
IKMAL
Sesebuah pertubuhan dan/atau persatuan bekas pelajar adalah sesuatu yang biasa dibuat dan lazimnya dibina oleh mantan pelajar institusi tersebut, samada sekolah, kolej, maktab, universiti dan/atau institusi pengajian. Bekas / mantan pelajar juga dikenali sebagai Alumni.
IKMAL sebagai sebuah pertubuhan alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu; yang sebelum tahun 1987 dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP), Petaling Jaya; mempunyai keunikan tersendiri kerana selain mantan pelajar, perlembagaannya membenarkan pelajar semasa iaitu yang masih menuntut di SMAP, dari tingkatan satu hingga enam, boleh menjadi Ahli Remaja, manakala pendidik dan kakitangan SMAWP/SMAP, yang semasa dan mantan, boleh menjadi Ahli Bersekutu. Tiada yuran dikenakan kepada Ahli Remaja dan Ahli Bersekutu. Manakala mantan pelajar SMAWP/SMAP pula boleh memilih untuk menjadi Ahli Seumur Hidup atau Ahli Biasa. Daftar offline di SINI dan/atau secara atas talian di SINI.
Dengan penubuhan sebuah persatuan yang rasmi, keterlibatan warga semasa dan mantan SMAWP/SMAP diteruskan pula di dalam IKMAL yang diterajui oleh mereka yang dipilih di dalam mesyuarat agung tahunan, dan Kepimpinan IKMAL mempunyai rekod cemerlang di dalam memberi kerjasama erat kepada pihak Pentadbir SMAP dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berterusan dari semasa ke semasa.
Adalah diharapkan lebih ramai di kalangan kita dapat menabur khidmat bakti bersama IKMAL untuk membantu Alumni SMAWP/SMAP dan Ahli IKMAL di seluruh negara dan memberi semula kepada warga SMAP dalam apa juga bentuk sumbangan yang dapat membantu pembinaan insan yang “Ber’ilmu, Beriman, Ber’amal“.