MATLAMAT (OBJECTIVES)

Sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya, matlamat dan objektif IKMAL adalah seperti berikut:

  1. Menjadi wadah untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan/atau Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra di antara dan sesama mereka.
  2. Menjadi wadah penganjuran program untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP.
  3. Membantu anak-anak ahli IKMAL yang belajar di SMAP untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Menjadi sumber tabung maklumat (databank) yang memantau maklumat bekas pelajar, bekas guru dan bekas pekerja SMAP dan/atau SMAWP.
  5. Mengembalikan semula dan memperkuatkan identiti Islam bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP.
  6. Menyedarkan bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP tentang tanggungjawab mereka terhadap Islam, sekolah dan masyarakat.
  7. Membuktikan kepada masyarakat umum tentang kecemerlangan institusi agama sekaligus meningkatkan syiar Islam untuk keredhaan ALLAH SWT.