Berikutan kerjasama erat dengan pihak pentadbir SMAP sejak sekian lama, bermula pada tahun 2018 penglibatan Ahli IKMAL dan Alumni SMAP/SMAWP diiktiraf dengan pengistiharan tarikh 1 Mei setiap tahun sebagai “Hari IKMAL” dan dimasukkan ke dalam taqwim sekolah.

Pengisian Hari IKMAL adalah berkonsepkan “dari IKMAL kepada IKMAL” bermaksud Ahli IKMAL dan Alumni SMAP/SMAWP memberi semula kepada adik-adik pelajar yang berada di SMAP.

Di antara program yang dilaksanakan di antaranya adalah Forum Kerjaya, Sesi Perkongsian Pembangunan Kepimpinan, Sesi Citra Personaliti Motivasi Diri kepada ahli Kelab IKMAL, perlawanan persahabatan bolasepak (lelaki), bola jaring (wanita) dan bola tampar (wanita).

Pada tahun 2021, 1 Mei adalah bersamaan dengan 19 Ramadhan, jadi pengisian program adalah bersempena Ihya Ramadhan.

TIADA Hari IKMAL 2020 disebabkan PKP