Projek pembinaan Surau As-Shafie telah dimulakan sejak tahun 2012 dan siap dibina pada tahun 2017.

Setelah mula digunakan, didapati ada keperluan untuk memasang alat pendingin hawa. Jadi, pihak perunding telah dipanggil untuk memeriksa keadaan dan memastikan item-item yang diperlukan.

Sehubungan itu, sumbangan yang pada asalnya untuk pembinaan surau kini diteruskan pula untuk menjadi sumbangan penyelengaraan.

Di samping lima (5) unit alat pendingin hawa yang dipasang, sumbangan alumni untuk surau ini digunakan juga untuk menyediakan dua (2) unit mesin penapis air, setiap satu untuk kegunaan putera dan puteri.

Segala sumbangan untuk Surau As-Shafie boleh disalurkan di SINI atau terus ke IKMAL Kebajikan di RHB Islamik Bank dengan nombor akaun 26413300023748. Untuk sumbangan melalui perbankan atas talian, mohon letak rujukan SURAU.