23 Januari 2023: Maklumat lanjut berkenaan penutupan Tabung Bas dan hasrat IKMAL memindahkan lebihan dana untuk kegunaan lain di SMAP ada pada pautan INI. Mohon tolong panjangkan kepada grup batch masing-masing dan para dermawan sekalian.

Semenjak 1982, bas sekolah yang digunakan SMAP telah berada di dalam keadaan yang sangat uzur. Sesungguhnya banyak bakti yang dicurahkan oleh bas ini membawa pelajar dan guru ke tempat-tempat aktiviti, bukan hanya di Negeri Sembilan, tetapi ke seluruh semenanjung Tanah Melayu.

Segala sumbangan untuk pembelian bas sekolah ini boleh disalurkan ke IKMAL Kebajikan di RHB Islamik Bank dengan nombor akaun 26413300023748. Untuk sumbangan melalui perbankan atas talian, mohon letak rujukan BAS.