Pada asalnya, permainan bolasepak menjadi wadah untuk ahli-ahli alumni berkumpul, berjumpa dan bersilaturrahim. Permainan di padang mungkin memakan masa sejam atau lebih sedikit, tetapi duduk bersembang dengan sahabat-sahabat lama selepas permainan biasanya akan lebih lama dari masa bermain di padang!














Seterusnya, penglibatan IKMAL di dalam Liga Alumni Malaysia menyebabkan tertubuhnya IKMAL FC. Kini terdapat tiga (3) pasukan IKMALFC iaitu Unggul (kategori umur 42+), Sarjana (kategori umur 35+) dan Terbuka.

Alhamdulillah, IKMALFC UNGGUL muncul juara pada sesi 2017/2018, juara pada sesi 2018/2019, layak ke perlawanan akhir pada sesi 2019/2020 tetapi tiada perlawanan disebabkan PKP; dan muncul Naib Juara pada sesi tahun 2020/2021.

Manakala, alhamdulillah IKMALFC SARJANA pula muncul juara Perdana pada sesi 2020/2021, TAHNIAH..!!

IKMALFC Sarjana muncul Naib Johan Piala Perdana, Liga Alumni Malaysia pada sesi 2021/2022.

IKMALFC Unggul muncul juara Piala Temenggung, Liga Alumni Malaysia pada sesi 2021/2022.
