TUJUAN (PURPOSE)
IKMAL adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registry of Societies, Malaysia = RoS). Setelah diluluskan pendaftarannya, IKMAL mempunyai nombor pendaftaran rasmi dan boleh membuka akaun bank. Bagi menjalankan urusan pentadbiran supaya kemas dan teratur, di dalam mesyuarat agung tahunan, ahli-ahli IKMAL melantik di kalangan mereka sebuah jawatankuasa.
Tujuan utama IKMAL didaftarkan secara rasmi adalah supaya alumni dan warga SMAWP/SMAP mempunyai platform untuk dapat bergerak secara sah pada sudut undang-undang.
Apakah perbezaan di antara Ahli IKMAL dan alumni SMAWP/SMAP?
Alumni SMAWP/SMAP adalah semua mantan pelajar SMAWP, Petaling Jaya dan/atau SMAP, Labu tanpa mengira tempoh waktu berapa lama mereka berada di sana.
Ahli IKMAL pula adalah warga SMAWP/SMAP yang mendaftarkan diri mereka; mantan pelajar sebagai ahli (sama ada Ahli Seumur Hidup atau Ahli Biasa); pelajar yang belajar di SMAP sekarang mendaftarkan diri sebagai Ahli Remaja; dan tenaga pengajar (mantan dan sekarang) berdaftar sebagai Ahli Bersekutu.
Bagi menyediakan pengkalan data yang lebih menyeluruh, IKMAL sedang menggerakkan usaha mengemaskini senarai nama Alumni SMAWP/SMAP mengikut batch masing-masing dan pada masa yang sama menggalakkan para alumni untuk mendaftarkan diri menjadi Ahli IKMAL.
Buat masa ini, boleh daftar Akaun Atas Talian bagi urusan yang berkaitan dengan laman web ini; dan boleh juga guna Borang Daftar Maklumat (BDM) untuk memberikan butiran diri yang lebih lengkap. Sekiranya perlu, pihak sekretariat IKMAL akan menghantar BDM melalui emel kepada mereka yang hanya mendaftar akaun atas talian.
Proses mendaftarkan diri adalah langkah pertama untuk IKMAL mengemaskini data berkenaan Alumni SMAWP/SMAP.
MANFAAT (BENEFITS)
Di antara manfaat mendaftarkan diri sebagai Alumni SMAWP/SMAP adalah:
- Kenal dan mengenali warga SMAWP/SMAP (samada pelajar, pendidik dan/atau kakitangan), semasa atau mantan;
- Erat dan mengeratkan ukhuwwah serta urusan sesama warga SMAWP/SMAP; dan
- Bantu membantu sesama alumni dan warga SMAWP/SMAP.
Di antara manfaat sebagai Ahli IKMAL adalah:
- Layak mendapat hak sebagai ahli sebuah pertubuhan berdaftar seperti menghadiri mesyuarat agung tahunan, memberi usul dan/atau cadangan, menjadi pencadang pencalonan jawatan, menerima pencalonan jawatan dan boleh mengundi dan diundi;
- Layak untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti IKMAL, Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP) dan/atau mana-mana pertubuhan/persatuan alumni yang melibatkan ahli berdaftar;
- Diberi keutamaan apabila melibatkan hal kebajikan sesama ahli;
- Berpeluang untuk membantu ahli, pelajar dan/atau sekolah melalui sumbangan buah fikiran, tenaga, kepakaran, kewangan & yang seumpamanya;
- Berkongsi pengalaman dan kepakaran sesama ahli; dan
- Membina dan memperkukuhkan jaringan rangkaian di kalangan para ahli sama ada melibatkan hal sosial, perniagaan, ekonomi, politik dan sebagainya.