Untuk permainan kriket, alumni menamakan pasukan sebagai “SMAP Old Boys Alumni” atau singkatannya SOBA.

SOBA mengambil bahagian di dalam perlawanan persahabatan dan kejohanan antara alumni SBP. SOBA juga aktif membantu program pembangunan sukan kriket di SMAP dengan menganjurkan latihan-latihan dan perlawanan persahabatan bermutu tinggi sebagai pendedahan kepada adik-adik pelajar.