Bermula tahun 2019, IKMAL menjadi ahli kepada Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP) yang merupakan sebuah pertubuhan payung kepada semua alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia.
Penubuhan GPASBP tercetus hasil daripada sesi sumbang saran antara cadangan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Alumni-alumni SBP agar semua Persatuan Alumni SBP dapat bergabung dengan tujuan mendapatkan penglibatan ahli-ahli Alumni SBP yang lebih meluas dan kerjasama yang lebih berkesan dari kalangan alumni untuk:-
- membantu memperkasa Sekolah Berasrama Penuh dalam semua aspek;
- menjalin hubungan yang lebih erat antara persatuan-persatuan alumni; dan
- menjadi “kumpulan sokongan” (support group) mengenai isu-isu pendidikan yang tidak terhad kepada Sekolah Berasrama Penuh sahaja.