Dewan Seri Bestari (DSB) SMAP telah menjadi saksi kepada banyak acara sejak tahun 1987 lagi apabila SMAWP berpindah ke Labu dan menjadi SMAP. Kemudahan yang ada di DSB memerlukan penjagaan dan pemuliharaan dari semasa ke semasa. Buat masa ini, di antara kemudahan yang sedang dalam proses menaiktaraf adalah pemasangan pendingin hawa (yang diusahakan oleh PIBG dengan sasaran sebanyak RM200,000.00), sistem siaraya [PA system], dan dua (2) unit LCD projektor di kanan dan kiri dewan.

Semua Ahli IKMAL dan Alumni SMAWP/SMAP dijemput untuk memberi sumbangan tunai bagi kerja-kerja penjagaan dan pemuliharaan DSB ini dengan menyalurkan terus ke akaun IKMAL di RHB Islamik nombor akaun 26413300023748, mohon letak rujukan DSB. Boleh juga salurkan sumbangan dengan klik di pautan INI dan/atau dengan imbas kod QR di bawah ini: