
Untuk tahun 1443H / 2022, Qurban by IKMAL kembali lagi dengan sasaran tujuh (7) ekor lembu.


Alhamdulillah, bagi tahun 1442H / 2021, IKMAL berkesempatan membuka peluang kepada Ahli dan Alumni untuk melaksanakan ibadah qurban, dengan SOP ketat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Bergantung kepada situasi semasa dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) samada Diperketatkan (PKPD), Bersyarat (PKPB) atau Pemulihan (PKPP), IKMAL perlu melihat kesesuaian seandainya program Qurban dapat diadakan semula nanti.
Program Qurban oleh IKMAL telah dimulakan sejak tahun 2012 lagi.
Disebabkan beberapa kekangan, contohnya tarikh Hari Raya Aidil Adha jatuh pada cuti sekolah; dan ketiadaan atau ketidakcukupan tenaga sukarelawan, maka program Qurban ini telah terhenti sejak beberapa tahun.

Program pertama diadakan pada 28 Oktober 2012 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di perkarangan rumah Pengetua SMAP.


Objektif Program Ibadah Qurban dan Tahlil Arwah adalah seperti berikut:
- Dapat mengadakan suatu majlis bersempena Hari Raya Aidil Adha iaitu ibadah korban untuk ahli alumni yang berhajat;
- Dapat mengadakan majlis tahlil bagi arwah bekas pelajar dan bekas guru yang telah kembali ke Rahmatullah;
- Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli alumni, PIBG dan pihak sekolah;
- Dapat mendedahkan ahli alumni kerja-kerja berkaitan korban, melapah , dan lain-lain aktiviti yang berkaitan serta meningkatkan semangat gotong-royong.
Alhamdulillah bagi program yang julung kali diadakan, dua (2) ekor lembu dapat dikorbankan. Pihak yang bersetuju menyertai ibadah yang mulia ini terdiri daripada kalangan ahli alumni, PIBG dan waris-waris daripada kalangan guru-guru SMAP.


