MATLAMAT (OBJECTIVES)
Sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya, matlamat dan objektif IKMAL adalah seperti berikut:
- Menjadi wadah untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan/atau Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra di antara dan sesama mereka.
- Menjadi wadah penganjuran program untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP.
- Membantu anak-anak ahli IKMAL yang belajar di SMAP untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Menjadi sumber tabung maklumat (databank) yang memantau maklumat bekas pelajar, bekas guru dan bekas pekerja SMAP dan/atau SMAWP.
- Mengembalikan semula dan memperkuatkan identiti Islam bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP.
- Menyedarkan bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan, pelajar, guru dan kakitangan SMAP dan/atau SMAWP tentang tanggungjawab mereka terhadap Islam, sekolah dan masyarakat.
- Membuktikan kepada masyarakat umum tentang kecemerlangan institusi agama sekaligus meningkatkan syiar Islam untuk keredhaan ALLAH SWT.