
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Aliran Sains Agama.
Sewaktu penubuhan pada tahun 1982, ia dinamakan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) dan menjadi SMAP selepas berpindah ke Labu, Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1987.
Pada peringkat Kementerian Pendidikan, SMAP dikenali sebagai SMAPL bagi membezakan dengan dua buah lagi SMAP yang terletak di Kajang dan Bentong, yang secara rasmi meletakkan nama tempat tersebut di dalam lencana sekolah masing-masing, berbeza dengan SMAP yang tidak demikian.