
Tahun 2022 membawa SMAP (yang asalnya adalah SMAWP) memasuki usia 40 tahun. Pelbagai program sepanjang tahun diadakan bagi memeriahkan sambutan ini, manakala 12 Rabi’ul Awwal 1444H bersamaan 9 Oktober 2022 dipilih sebagai tarikh khusus untuk Majlis Perasmian Sambutan 40 Tahun SMAWP/SMAP ini, bertempat di Dewan Seri Bestari SMAP, Labu.