IKMAL Muamalah
IKMAL mengalu-alukan semua alumni dan ahli untuk menjalankan urusniaga sesama kita. Cabaran utamanya adalah untuk mengetahui dan mengenali siapa di kalangan kita yang berniaga.
Sebagai langkah awal, diwujudkan grup IKMAL MUAMALAH di WhatsApp. Jemput semua untuk masuk ke grup ini.
Bagi mempertingkatkan muamalah sesama kita, IKMAL kini di dalam usaha untuk mengemaskini maklumat ahli-ahli yang berniaga. Jadi, kerjasama erat dari semua adalah amat diharapkan untuk menjayakan usaha dan inisiatif ini.
Buat masa ini barangan cenderahati yang ada IKMAL keluarkan adalah seperti imej yang tertera, dan kita berusaha untuk mempelbagaikan lagi barangan yang dapat memenuhi hasrat dan keperluan alumni dan ahli.