MAT IKMAL ke-19 dimulakan jam 10.30 pagi setelah Setiausaha Agung (SUA) mengesahkan kehadiran ahli-ahli adalah mencukupi kuorum untuk MAT dijalankan. Saudara Mohd Fairuz sebagai pengacara majlis menjemput semua hadirin untuk melaungkan alunan Asmaul Husna sebagai tanda majlis bermula. Seterusnya, beliau menjemput semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Kemudian, beliau menjemput saudara Akmal Ruzaini untuk membacakan doa selamat, diikuti ucapan aluan oleh Presiden IKMAL Sesi 2020-2023.
Selesai ucapan aluan Presiden, pengacara majlis mengajak Kepimpinan IKMAL Sesi 2020-2023 mengambil tempat di meja hadapan dewan dan menjemput Presiden untuk memulakan mesyuarat. Agenda seterusnya adalah seperti berikut:
| Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 | |
| Pembentangan Laporan Aktiviti IKMAL | |
| Pengesahan Laporan Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 | |
| Pembentangan Usul dan Cadangan | |
| Hal-hal Lain |
Selesai perbincangan, Presiden mewakili Kepimpinan IKMAL Sesi 2020-2023 mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua serta memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan selama memegang jawatan, seterusnya barisan Kepimpinan IKMAL 2020-2023 mengundur diri dan mengosongkan meja hadapan dewan.
Pengacara majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan IKMAL untuk memberi taklimat dan mengendalikan pemilihan Barisan Kepimpinan IKMAL Sesi 2023-2026.
Selesai proses pemilihan, pengacara majlis menjemput Barisan Kepimpinan IKMAL Sesi 2023-2026 mengambil tempat di hadapan dewan dan menjemput Presiden IKMAL Sesi 2023-2026 memberikan ucapan penangguhan.
Selesai ucapan, pengacara majlis menjemput semua yang hadir untuk sesi bergambar beramai-ramai, diikuti bacaan da makan.
Jamuan.
Alhamdulillah, IKMAL memohon pihak sekolah membawakan bas baharu SMAP untuk tatapan ahli IKMAL. Selepas jamuan, pintu bas dibuka membolehkan ahli-ahli IKMAL menaiki dan melihat bahagian dalamnya.



Tahniah kepada Kepimpinan IKMAL Sesi 2023-2026 yang baru dilantik pada MAT-19 ini. Senarai penuh ada di SINI. Selamat menjalankan tugas dan menunaikan amanah.


