Tahniah: YB Datuk Dr Haniff Zainal Abidin SPM’91

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, SPM 1991, atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor!

Kami di Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan (IKMAL) amat berbangga dengan pelantikan ini. Semoga terus berjaya dan diberkati dalam menjalankan amanah baru ini.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga IKMAL

Doa dan Sumbangan untuk kesembuhan Coach Ipin

IKMAL memohon agar kita semua dapat mendoakan kesembuhan segera untuk Encik Nazrul Ariffin bin Abdul Rahman (Coach Ipin), jurulatih SOBA FC dan bapa kepada pelajar SMAP, Labu. Beliau telah ditidurkan akibat pelbagai komplikasi kesihatan dan kini dirawat di Hospital Manjung, Perak.

Semoga beliau diberi kekuatan dan kesembuhan, serta dipermudahkan segala urusan. Doa dan sokongan kalian amat bermakna bagi beliau dan keluarga.

Sumbangan Kewangan:
Bank Kerjasama Rakyat Berhad
Persatuan Alumni SMAP Labu
1102355218
Rujukan: Coach Ipin
Tarikh akhir sumbangan: 15 Februari 2025

Terima kasih atas doa dan sokongan kalian.

Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL)

Program Derma Darah

DERMALAH DARAH, SELAMATKAN NYAWA

Mari sertai PROGRAM DERMA DARAH dan jadilah wira kepada mereka yang memerlukan! Setiap titisan darah anda adalah harapan dan kehidupan bagi yang memerlukan.

🗓

 2 FEBRUARI 2025 (AHAD)

⏰

 11.00 PAGI – 4.00 PETANG

📍

 AEON SEREMBAN 2 (Ground floor berhadapan Skechers)

Bersama kita menyebarkan kasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan. Hadirkan diri anda dan sebarkan mesej ini kepada keluarga serta rakan-rakan!

🛍

 Goodies istimewa akan diberikan kepada para penderma darah terawal

Dengan kolaborasi bersama:

Pusat Derma Darah, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Persatuan Alumni SMAP (IKMAL)

Alhamdulillah, Program Derma Darah kolaborasi bersama IKMAL dan Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Ja’afar berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Sekitar 70 penderma darah dan 95 individu yang mendaftar sebagai penyumbang.

Terima kasih kepada semua sahabat alumni yang hadir, para sukarelawan, penderma budiman, penaja goodies bag yang murah hati, AEON Mall Seremban 2, dan semua yang menyokong program ini.

Mari kita jadikan derma darah sebagai amalan suku tahunan, selain untuk menjaga kesihatan diri. Ingat, badan yang sihat boleh menyumbang darah yang menyelamatkan nyawa.

Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi pada Program Derma Darah seterusnya, serta program-program anjuran IKMAL. Semoga kita terus diberkati dengan ukhuwah yang erat dan sentiasa membantu dalam kebaikan dan takwa.

Sehingga berjumpa lagi. Biiznillah.

#IKMAL#Alumni#SMAWP#SMAP#Labu#DermaDarah#SaveLife#DermaDarahSeremban#HTJ#AeonSeremban2

Salam Takziah: Syamsul Debat SPM’94

IKMAL merakamkan ucapan takziah yang setulus hati kepada keluarga Tuan Syamsul Debat SPM 1994 di atas pemergian adindanya Allahyarham Syamsul Hafiz bin Haji Ismail.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.

Sesungguhnya, segala yang hidup pasti akan menemui ajal, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya.

Semoga roh Allahyarham Syamsul Hafiz bin Haji Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

IKMAL berdoa agar keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat yang penuh cabaran ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
Seluruh warga Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL)4207:44 AM

Ceramah Motivasi SPM 2024

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAP dengan kerjasama KSIB Audex2024 telah menganjurkan Ceramah Motivasi SPM 2024 bertempat di Surau As Syatibi.

Penceramah jemputan adalah En Zainal Rashid Zakaria,Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Dana,Yayasan Pelajaran MARA.

Belia merupakan Alumni SMAP (Class of 1986) merangkap mantan Presiden IKMAL (2008-2010).

Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi pelbagai tips belajar, strategi pengurusan masa,hubungan dengan ibubapa dan guru-guru serta kepentingan menjaga keseimbangan antara akademik dan kesihatan jasmani dan emosi.

Majlis diakhiri dengan En Zainal Rashid menyampaikan dua cek cura berjumlah Rm10,200 kepada YDP PIBG En Azmi Abdoll Aziz bersama PK HEM Ustaz Mohd Azizee Hasan.

Semoga semua calon SPM Audex2024 mendapat inspirasi dan terus bersemangat untuk melakar keputusan yang cemerlang dalam SPM 2024 kelak,insyaAllah.

#SmapianPower!
SekolahMelahirkanAnakPintar

Penghargaan Istimewa Buat Barisan Penaja IKMAL Bagi Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024

Penghargaan istimewa kami kepada barisan penaja IKMAL bagi Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024.

Gold Sponsors

1. AQ Reka Sdn Bhd

2. Zia

3. AY Architecture

Silver Sponsor

1. JAPADU Enterprise

Bronze Sponsors

1. Gloria Jeans HSAAS

2. ⁠Mulyo Hotel

3. ⁠FaDeeb Properties

4. ⁠Ikoko

5. ⁠Pretty Pink Studio

6. ⁠Tupperware by Fathiah

7. ⁠Freka Sdn Bhd

Alhamdulillah. Acara ini dapat direalisasikan dengan begitu gemilang dengan sokongan padu dan komitmen para penaja yang budiman.

Sokongan para penaja bukan sahaja membantu IKMAL menjayakan program ini, tetapi juga menyemarakkan semangat komuniti dan ukhwah antara semua warga SMAPIAN.

Para penaja IKMAL adalah inspirasi kepada kami untuk terus berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga daripada seluruh warga IKMAL.

Mari kita teruskan usaha murni ini bersama-sama dan membina masa depan yang lebih gemilang!

Sekretariat IKMAL bagi Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024

Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024

Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024

Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024 julung-julung kali diadakan di SMAP, Kajang anjuran Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (AnNadi) dengan kerjasama Persatuan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (IKMAL) pada hari Sabtu, 07hb Disember yang lalu.

Sekitar 7 acara sukan dipertandingkan dan IKMAL telah muncul sebagai Johan Keseluruhan serta membawa pulang Piala Pusingan Tuan Haji Mohd Saim bin Ithin, mantan Pengetua Pertama SMAP, Kajang.

7 acara sukan yang dipertandingkan dan berikut merupakan keputusan bagi setiap perlawanan:

1. Bola Sepak
Bola Sepak (Mixed)
Naib Johan

Bola Sepak (Open)
Johan

Bola Sepak (Pelajar sekolah)
Naib Johan

2. Bola Keranjang
Bola Keranjang Lelaki (Mixed/Senior)
Naib Johan

Bola Keranjang Lelaki (Open/Junior)
Johan

Bola Keranjang Perempuan (Mixed)
Johan

3. Bola Tampar
Bola Tampar Lelaki (Mixed/Senior)
Naib Johan

Bola Tampar Lelaki (Open/Junior)
Johan

Bola Tampar Perempuan (Mixed)
Johan

4. Bola Jaring
Bola Jaring (Mixed)
Johan

Bola Jaring (Open/Junior)
Johan

5. Sepak Takraw
Johan

6. Futsal
Johan

7. Tarik tali
Johan

Kami daripada IKMAL ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AnNadi atas penganjuran perdana ini dan kesudian mempelawa IKMAL sebagai penganjur bersama.

Terima kasih juga kami rakamkan kepada SMAPK atas kesudian menjadi tuan rumah dan atas hospitaliti yang begitu menyenangkan.

Ucapan terima kasih kami buat seluruh sekretariat yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini, para petugas fisioterapi yang membantu, para sukarelawan yang menjadi pemudah cara dan tanpa atlet IKMAL yang kami banggakan tidaklah dapat Piala Pusingan Tuan Haji Mohd Saim bin Ithin dapat kita bawa pulang bersama.

Penghargaan istimewa buat barisan penaja yang kami hormati atas kesudian menyokong dan menaja program ini iaitu AQ Reka Sdn Bhd, Zia, AY Architecture, JAPADU Enterprise, Gloria Jeans HSAAS, Mulyo Hotel, FaDeeb Properties, Ikoko, Pretty Pink Studio, Tupperware by Fathiah dan Freka Sdn Bhd.

Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan kejohanan ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan syurga-Nya tertinggi. Amin.

Semoga usaha ini dinilai sebagai ibadah di sisi-Nya. Pertemuan dan perpisahan kita kerana-Nya. Mudah-mudahan menjadi asbab kita semua beroleh naungan arasy Allah di akhirat. Amin.

Sekretariat IKMAL bagi Kejohanan Ukhwah SMAPIAN 2024

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih: Cikgu Normah

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Puan Normah binti Othman (1992-2024)

Pada hari Rabu, 27 November 2024, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi menghargai jasa dan sumbangan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Normah Bt Othman.

Cikgu Normah telah berkhidmat selama 32 tahun, 4 bulan, dan 1 hari di bumi SMAP Labu. Bermula dari awal penempatan hinggalah hari terakhir perkhidmatan.

Dalam tempoh yang tidak pendek tersebut, ribuan pelajar SMAP bahkan anak kepada bekas pelajar SMAP telah mendapat sentuhan dan bimbingan dari Cikgu Normah.

Sudah pasti ianya meninggalkan banyak kenangan manis dan memori yang indah yang tak terlupakan.

Semoga cikgu terus diberi kesihatan baik yang berpanjangan dan dibawah limpahan rahmat Ilahi disamping suami dan anak-anak tercinta.

Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang