Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih: Cikgu Normah

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Puan Normah binti Othman (1992-2024)

Pada hari Rabu, 27 November 2024, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi menghargai jasa dan sumbangan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Normah Bt Othman.

Cikgu Normah telah berkhidmat selama 32 tahun, 4 bulan, dan 1 hari di bumi SMAP Labu. Bermula dari awal penempatan hinggalah hari terakhir perkhidmatan.

Dalam tempoh yang tidak pendek tersebut, ribuan pelajar SMAP bahkan anak kepada bekas pelajar SMAP telah mendapat sentuhan dan bimbingan dari Cikgu Normah.

Sudah pasti ianya meninggalkan banyak kenangan manis dan memori yang indah yang tak terlupakan.

Semoga cikgu terus diberi kesihatan baik yang berpanjangan dan dibawah limpahan rahmat Ilahi disamping suami dan anak-anak tercinta.

Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar

Hasil inisiatif kumpulan kerja Semarak Kasih Ramadhan (SKR) dengan kerjasama Megaklinik Zahran Putrajaya dan ahli-ahli IKMAL dari SPM’94, pemeriksaan kesihatan kepada seramai 118 orang pelajar dari kalangan asnaf dan anak yatim SMAP diadakan dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di Bangunan Surau Lama SMAP.

Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021

Pihak Pentadbir SMAP menjemput Presiden IKMAL ke Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021 seterusnya merasmikan majlis yang dapat diadakan semula ini selepas dua tahun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Klik di SINI untuk Buku Program Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021.

Perkembangan Pembelian Bas SMAP

Pada hari Rabu 29 Jun 2022 bermula jam 11 pagi, berlangsung mesyuarat di antara pihak Pentadbir SMAP bersama dengan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan IKMAL, yang dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden.

Mesyuarat ini adalah lanjutan dari surat MAINS bertarikh 10 Jun 2022 yang memaklumkan berkenaan kesediaan MAINS untuk menanggung 50% dari jumlah harga sebuah bas baharu jenama SKS yang bernilai RM495,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Sahaja) dan ianya diklasifikasi di bawah Dana Wakaf.

Keputusan SPM 2021

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan tahniah kita ucapkan kepada adik-adik pelajar batch Iqtidar dengan keputusan SPM 2021 yg diumumkan hari ini.

Kita meraikan pengembaraan ini. Belajar, mengambil peperiksaan dan mendapat keputusan adalah salah satu perjalanan pengembaraan dalam pembelajaran. SPM adalah salah satu laluan, dan ianya bukan matlamat yang sebenar. Teruskan perjuangan menghayatkan “Berilmu, Beriman, Beramal” dan berusaha kekal berada dalam “Iklim Dini Teras Kecemerlangan” sepanjang hidup.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua Cermerlang Jusa C, Dr Abdul Jalil Ahmad, cikgu-cikgu, ibubapa dan Ahli IKMAL serta Alumni SMAWP/SMAP yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak ini.

Syabas dan tahniah semua, lulus 100%..!!

Ikhlas daripada,
Barisan Kepimpinan IKMAL
Sesi 2020-2023