IKMAL memohon agar kita semua dapat mendoakan kesembuhan segera untuk Encik Nazrul Ariffin bin Abdul Rahman (Coach Ipin), jurulatih SOBA FC dan bapa kepada pelajar SMAP, Labu. Beliau telah ditidurkan akibat pelbagai komplikasi kesihatan dan kini dirawat di Hospital Manjung, Perak.
Semoga beliau diberi kekuatan dan kesembuhan, serta dipermudahkan segala urusan. Doa dan sokongan kalian amat bermakna bagi beliau dan keluarga.
Sumbangan Kewangan: Bank Kerjasama Rakyat Berhad Persatuan Alumni SMAP Labu 1102355218 Rujukan: Coach Ipin Tarikh akhir sumbangan: 15 Februari 2025
Mari sertai PROGRAM DERMA DARAH dan jadilah wira kepada mereka yang memerlukan! Setiap titisan darah anda adalah harapan dan kehidupan bagi yang memerlukan.
Bersama kita menyebarkan kasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan. Hadirkan diri anda dan sebarkan mesej ini kepada keluarga serta rakan-rakan!
Goodies istimewa akan diberikan kepada para penderma darah terawal
Dengan kolaborasi bersama:
Pusat Derma Darah, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Persatuan Alumni SMAP (IKMAL)
Alhamdulillah, Program Derma Darah kolaborasi bersama IKMAL dan Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Ja’afar berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Sekitar 70 penderma darah dan 95 individu yang mendaftar sebagai penyumbang.
Terima kasih kepada semua sahabat alumni yang hadir, para sukarelawan, penderma budiman, penaja goodies bag yang murah hati, AEON Mall Seremban 2, dan semua yang menyokong program ini.
Mari kita jadikan derma darah sebagai amalan suku tahunan, selain untuk menjaga kesihatan diri. Ingat, badan yang sihat boleh menyumbang darah yang menyelamatkan nyawa.
Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi pada Program Derma Darah seterusnya, serta program-program anjuran IKMAL. Semoga kita terus diberkati dengan ukhuwah yang erat dan sentiasa membantu dalam kebaikan dan takwa.
IKMAL merakamkan ucapan takziah yang setulus hati kepada keluarga Tuan Syamsul Debat SPM 1994 di atas pemergian adindanya Allahyarham Syamsul Hafiz bin Haji Ismail.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.
Sesungguhnya, segala yang hidup pasti akan menemui ajal, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya.
Semoga roh Allahyarham Syamsul Hafiz bin Haji Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
IKMAL berdoa agar keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat yang penuh cabaran ini.
Al-Fatihah.
Daripada: Seluruh warga Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL)4207:44 AM
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAP dengan kerjasama KSIB Audex2024 telah menganjurkan Ceramah Motivasi SPM 2024 bertempat di Surau As Syatibi.
Penceramah jemputan adalah En Zainal Rashid Zakaria,Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Dana,Yayasan Pelajaran MARA.
Belia merupakan Alumni SMAP (Class of 1986) merangkap mantan Presiden IKMAL (2008-2010).
Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi pelbagai tips belajar, strategi pengurusan masa,hubungan dengan ibubapa dan guru-guru serta kepentingan menjaga keseimbangan antara akademik dan kesihatan jasmani dan emosi.
Majlis diakhiri dengan En Zainal Rashid menyampaikan dua cek cura berjumlah Rm10,200 kepada YDP PIBG En Azmi Abdoll Aziz bersama PK HEM Ustaz Mohd Azizee Hasan.
Semoga semua calon SPM Audex2024 mendapat inspirasi dan terus bersemangat untuk melakar keputusan yang cemerlang dalam SPM 2024 kelak,insyaAllah.
Selepas 24 tahun meninggalkan SMAP, pada 05/10/2024 kembali semula untuk satu perlawanan amal bola sepak tiga penjuru: SPM2000 vs PIBG vs pasukan SMAP.
Anjuran IKMAL & SOBA FC bersama Coach Andi SPM1998 dan Coach Rashid dari NSFC, program ini menawarkan peluang emas untuk perkembangan bakat muda dalam bolasepak.
Hari ini, Presiden IKMAL, Haji Shukri Zainudin, memberi kata-kata semangat kepada pasukan kita. Beliau percaya dengan dedikasi dan latihan yang konsisten, kejayaan pasti akan menyusul.