Kejayaan Pasukan Ragbi SMAP LABU di Kejohanan Ragbi SBP 10s

Pada tanggal 25 Ogos 2024, telah berlangsungnya Kejohanan Ragbi SBP 10s yang diadakan di Sekolah Alam Shah (SAS). Alhamdulilah dengan usaha keras daripada para pejuang ragbi sekolah, SMAP LABU telah berjaya memberoleh 1st Runner Up bagi kategori Plate.

Turut hadir bersama, Ultras SmapPower sebagai “ahli ke11” bagi memperkuatkan dan menambahkan lagi semangat para pejuang sekolah. Baris alumni juga turut hadir bagi memberi sokongan.

Salam Takziah Sofiyyah Saadon SPM’99

IKMAL ingin menzahirkan rasa simpati kami kepada warga alumni SMAP Labu yang baru kehilangan anggota keluarga terdekat mereka, secara khususnya kepada Puan Sofiyyah Saadon SPM’99 yang kehilangan suami beliau, Allahyarham Komander Firdaus Ramli yang meninggal dalam nahas helikopter TLDM pada 23 April 2024.

Salam Takziah Shamsul Fadzli SPM’97

IKMAL ingin menzahirkan rasa simpati kami kepada warga alumni SMAP Labu yang baru kehilangan anggota keluarga terdekat mereka, secara khususnya kepada saudara Shamsul Fadzli (Achoi) SPM’97 yang kehilangan anak beliau, Allahyarham Nuqman Naufal yang meninggal ketika menyertai acara merentas desa pada 19 April 2024.