Sumbangan Dana Penyaman Udara Dewan Seri Bestari, SMAP

Assalamualaikum wbk.

Dengan segala hormatnya YBhg Datoโ€™/Dr/Tuan/Puan dijemput untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan projek pemasangan penyaman udara di Dewan Seri Bestari (DSB), Sek Men Agama Persekutuan (Labu), SMAP.

Sebagaimana yang diketahui umum, DSB merupakan lokasi yang amat sinonim dengan kehidupan warga SMAP. Dewan ini menjadi tempat keramat kali pertama setiap pelajar menjejakkan kaki di SMAP dan tempat terakhir sebelum mereka meninggalkan SMAP. Di dewan ini jugalah pelbagai aktiviti diadakan, bermula dari pendaftaran kemasukan ke sekolah, menjalankan pelbagai beraktiviti, menduduki peperiksaan dan mengambil keputusan peperiksaan.

Walau bagaimanapun, keadaan di DSB memerlukan kerja baikpulih dan pemasangan penyaman udara bagi menjadikan suasananya lebih kondusif dan selesa buat warga SMAP. Keperluan ini agak mendesak berikutan perubahan iklim yang ketara pada masa kini. Maka sudah tiba masanya DSB dinaiktaraf agar setanding dengan imej SMAP sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Aliran Agama.

Antara proses baikpulih yang diperlukan di samping perolehan penyaman udara, adalah pendawaian semula dan ubahsuai keadaan dalaman DSB.

Justeru, saya memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas YBhg Datoโ€™/Dr/Tuan/Puan untuk sama-sama membantu menampung keperluan memasang penyaman udara di DSB, SMAP. Sumbangan boleh dibuat melalui pembelian lot bernilai RM500 atau sumbangan dengan nilai lain ke akaun seperti berikut:

NAMA AKAUN: TABUNG AKTIVITI SURAU IMAN AS-SHAFIE, SMAP

NAMA BANK: BANK RAKYAT

NO AKAUN: 11 01 50 4162

RUJUKAN: IKMAL for DSB

NO. TELEFON: 013 6300079 (USTAZAH FATIMAH AWANG)

Sila maklumkan butiran sumbangan untuk tujuan rekod. Semoga sumbangan ikhlas YBhg Datoโ€™/Dr/Tuan/Puan diganjarkan pahala oleh Allah swt. Aamiin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(DATO’ HJ HANIF BIN HASSAN)
YDP PIBG
SMAP
28 JANUARI 2022

Hari IKMAL 2020

Hari IKMAL tahun ini tidak dapat diadakan berikutan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara bermula 18 Mac sehingga 12 Mei 2020.

Iftar Jama’ie 2019

Program ini diadakan pada 18 Mei 2019. Pada sebelah siangnya, alumni menyantuni anak-anak asnaf untuk sesi Jom Shopping. Kelainan pada tahun ini adalah kita bawakan vendor-vendor luar untuk membuka gerai jualan mereka di Dewan Seri Bestari, SMAP. Jadi dengan itu, kita tidak perlu membawa anak-anak asnaf ini keluar ke bandar seperti tahun-tahun sebelumnya.

Iftar Jama’ie pula melibatkan alumni dan ibu bapa pelajar. Kemeriahan cukup terasa bila Dataran SMAP dipenuhi oleh orang ramai.

Untuk solat terawih malam itu kita bawakan Ustaz Ikmal Zaidi SPM’94 sebagai imam.


Hari IKMAL 2019

1 Mei 2019 jatuh pada hari Rabu, di tengah-tengah minggu. Walaupun begitu, ianya tidak melunturkan semangat alumni untuk kembali ke SMAP bagi mencurahkan pengalaman kepada adik-adik di sana.


Pada sebelah pagi, puteri sudah memulakan perlawanan persahabatan bola jaring dan bola tampar.


Seterusnya, program “Forum Kerjaya” yang pada asalnya dijadualkan di Dewan Seri Bestari dipindahkan ke Surau As-Shafie.


Pada masa yang sama di Bilik UTP, ahli-ahli Kelab IKMAL dihidangkan dengan program “Citra Personaliti” yang dikendalikan oleh Dr Muhammad bin Nordin SPM’88 dengan diiringi oleh Dr. Jalil STPM’83, selaku Pengetua SMAP.


Makan tengahari di dewan makan:


Seterusnya, selepas Asar diadakan perlawanan persahabatan bolasepak di antara alumni bersama cikgu-cikgu melawan pasukan sekolah.