Hari IKMAL 2018

Bermula tahun 2018, pihak sekolah telah mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari IKMAL. Sebagai program yang julung kalinya diadakan, Hari IKMAL 2018 ini menyajikan beberapa program yang melibatkan alumni kembali ke sekolah berkongsi pengalaman bersama adik-adik di SMAP.


Pada jam 8.00 pagi, Hari IKMAL 2018 dimulakan dengan perlawanan persahabatan bola jaring di antara pasukan alumni dengan pasukan sekolah.


Pada jam 10.00 pagi ada sesi forum dengan tajuk โ€œBina Kerjaya Terbilangโ€ menampilkan Dr Anita Baghawi SPM’86, Dr Shahridan Mohd Fathil SPM’88 dan Dr Fariz Safhan Mohd Nor SPM’96 dengan Lokman Al-Harraz SPM’98 sebagai moderator.


Pada waktu yang sama, ada sesi perkongsian dari alumni yang melibatkan Tuan Haji Rashdan Saedan SPM’95 dan Dr Muhammad bin Nordin SPM’88 bertempat di Bilik UTP kepada ahli-ahli Kelab IKMAL.


Petang selepas solat Asar diadakan pula perlawanan persahabatan bolasepak melibatkan pasukan alumni bersama cikgu-cikgu melawan pasukan sekolah.


Back to School Fun Hunt

Program ini diadakan pada hari Sabtu 3 Nov 2012 bermula dari bangunan SMAWP di Petaling Jaya, Selangor menuju ke bangunan SMAP di Labu, Negeri Sembilan melalui laluan yang ditetapkan penganjur.

Seramai 78 orang dengan 20 buah kereta telah mengambil bahagian. Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba ke destinasi seperti yang dirancangkan.

Antara gambar-gambar sepanjang program ini:

Forum Bicara Ad-Diin

Program ini diadakan pada hari Khamis 1 November 2012 bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Seri Bestari, SMAP, Labu.

Bicara Ad-Din kali ini mengetengahkan bekas-bekas pelajar dari SMAP, Labu untuk berdiskusi tentang topik “Melestarikan Iklim Dini – Cabaran Semasa dan Hala Tuju Masa Depan”.

Barisan alumni yang terlibat adalah:

  1. Dr Mohd Farid Mohd Shahran – Felo Kanan IKIM;
  2. Dr Zaharudin Abd Rahman –  Penolong Professor, UIAM; dan Penasihat Perbankan Syariah;
  3. Ustazah Norhafizah Musa – Pensyarah UITM, Tanyalah Ustazah; dan
  4. Tuan Hj Mohd Najib Hj Khairuddin sebagai Moderator.

Program yang dihadiri oleh warga SMAP dan penduduk sekitar Labu ini berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Jazaakumullahu khair kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.