Bermula tahun 2018, pihak sekolah telah mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari IKMAL. Sebagai program yang julung kalinya diadakan, Hari IKMAL 2018 ini menyajikan beberapa program yang melibatkan alumni kembali ke sekolah berkongsi pengalaman bersama adik-adik di SMAP.


Pada jam 8.00 pagi, Hari IKMAL 2018 dimulakan dengan perlawanan persahabatan bola jaring di antara pasukan alumni dengan pasukan sekolah.


Pada jam 10.00 pagi ada sesi forum dengan tajuk “Bina Kerjaya Terbilang” menampilkan Dr Anita Baghawi SPM’86, Dr Shahridan Mohd Fathil SPM’88 dan Dr Fariz Safhan Mohd Nor SPM’96 dengan Lokman Al-Harraz SPM’98 sebagai moderator.


Pada waktu yang sama, ada sesi perkongsian dari alumni yang melibatkan Tuan Haji Rashdan Saedan SPM’95 dan Dr Muhammad bin Nordin SPM’88 bertempat di Bilik UTP kepada ahli-ahli Kelab IKMAL.


Petang selepas solat Asar diadakan pula perlawanan persahabatan bolasepak melibatkan pasukan alumni bersama cikgu-cikgu melawan pasukan sekolah.