Kuliah Atas-Talian Dwi-Bulanan

KULIAH DWI-BULANAN ANJURAN BIRO KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN IKMAL

8 Oktober 2024
9:15 Malam

(Setiap Selasa Minggu Ke-2 dan Ke-4)

IKMAL menjemput tuan/puan untuk menghadiri kuliah berikut:

MERAIH KETENANGAN JIWA DENGAN SOLAT
(Siri memahami bacaan dalam solat)

Penyampai:
Ustaz Abu Asma Yunus (SPM 1998)

Salam takziah seluruh warga SMAWP/SMAP

Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar (94 tahun), mantan Pengetua SMAWP (1985) telah pulang ke rahmatullah pada jam 7.07 minit pagi tadi di rumahnya.

Jenazah Ustaz berada di rumah di alamat: No 33 Jalan SS1/21A Kg Tunku, Petaling Jaya.

Jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Kg Tunku untuk di mandi dan di kafankan pada jam 2.30 petang.

Solat jenazah selepas solat asar juga di Masjid Kg Tunku.

Seterusnya Allahyarham di kebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

Program Pembangunan Bolasepak SMAP!

Anjuran IKMAL & SOBA FC bersama Coach Andi SPM1998 dan Coach Rashid dari NSFC, program ini menawarkan peluang emas untuk perkembangan bakat muda dalam bolasepak.

Hari ini, Presiden IKMAL, Haji Shukri Zainudin, memberi kata-kata semangat kepada pasukan kita. Beliau percaya dengan dedikasi dan latihan yang konsisten, kejayaan pasti akan menyusul.

ProgramPembangunanBolasepakSMAP #IKMAL #SOBAFC #CoachAndi #BolasepakMalaysia#SMAPPower

Kejayaan Pasukan Ragbi SMAP LABU di Kejohanan Ragbi SBP 10s

Pada tanggal 25 Ogos 2024, telah berlangsungnya Kejohanan Ragbi SBP 10s yang diadakan di Sekolah Alam Shah (SAS). Alhamdulilah dengan usaha keras daripada para pejuang ragbi sekolah, SMAP LABU telah berjaya memberoleh 1st Runner Up bagi kategori Plate.

Turut hadir bersama, Ultras SmapPower sebagai “ahli ke11” bagi memperkuatkan dan menambahkan lagi semangat para pejuang sekolah. Baris alumni juga turut hadir bagi memberi sokongan.

Salam Takziah Sofiyyah Saadon SPM’99

IKMAL ingin menzahirkan rasa simpati kami kepada warga alumni SMAP Labu yang baru kehilangan anggota keluarga terdekat mereka, secara khususnya kepada Puan Sofiyyah Saadon SPM’99 yang kehilangan suami beliau, Allahyarham Komander Firdaus Ramli yang meninggal dalam nahas helikopter TLDM pada 23 April 2024.

Salam Takziah Shamsul Fadzli SPM’97

IKMAL ingin menzahirkan rasa simpati kami kepada warga alumni SMAP Labu yang baru kehilangan anggota keluarga terdekat mereka, secara khususnya kepada saudara Shamsul Fadzli (Achoi) SPM’97 yang kehilangan anak beliau, Allahyarham Nuqman Naufal yang meninggal ketika menyertai acara merentas desa pada 19 April 2024.