
Alhamdulillah, 1 Muharram 1445H akan tiba dengan masuknya waktu Maghrib pada hari Selasa, 18 Julai 2023, insha’Allah.
Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, amalan-amalan yang boleb kita laksanakan adalah seperti berikut:
(1) berpuasa sunat pada hari terakhir bulan Zulhijjah ( 18 Julai )
(2) membaca doa akhir tahun pada hujung waktu Asar ( 18 Julai )
(3) membaca doa awal tahun setelah solat Maghrib ( 18 Julai )
(4) berpuasa sunat pada hari pertama bulan Muharram ( 19 Julai )
(5) berpuasa sunat Hari Tasu’a pada 9 Muharram ( 27 Julai )
(6) berpuasa sunat Hari ‘Asyura pada 10 Muharram ( 28 Julai )
Andai kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua.
Semoga Allah menerima segala ibadah kita. 🤲🏻