Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-22 Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL) bertempat di Mulyo Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu 13 Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Nazrul Idham A. Nasir (1994-1004-L), selaku Setiausaha IKMAL sesi 2023–2026.
Agenda utama mesyuarat turut menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2026–2029. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Presiden: YBrs. Puan Siti Khadijah Zainalabidin (1998-1028-P)
Timbalan Presiden: YBrs. Puan Yusnida Mohd Yusof (2000-1001-P)
… serta seluruh Ahli Jawatankuasa IKMAL yang baharu dilantik!
Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada mantan Presiden, YBrs. Tuan Haji Muhammad Shukri Haji Zainudin (1994-1018-L) serta seluruh barisan jawatankuasa sesi 2023–2026 atas segala keringat, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sebelum ini.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Pemilihan IKMAL yang diketuai oleh YBrs. Encik Haiyan Mohd Nakhaie (1994-1001-L) yang berusaha memastikan proses pemilihan berjalan dalam keadaan telus, teratur dan berintegriti.
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat memacu IKMAL sebagai wadah utama dalam menghubungkan generasi demi generasi di SMAP Labu.
