Qurban by IKMAL 1442H

Program Qurban by IKMAL bersempena Aidil Adha telah berjaya dilaksanakan pada hari hari raya ketiga iaitu 12 Zulhijjah 1442H bersamaan 22 Julai 2021 dengan menumbangkan sebanyak sembilan (9) ekor lembu hasil dari penyertaan dari kalangan ahli IKMAL, alumni SMAP/SMAWP dan ibubapa pelajar SMAP. Urusan penyembelihan disempurnakan di ladang kepunyaan Ustaz Abdul Malek Ramlan (STPM’83) bertempat di Kg Labu Lanjut, Salak Tinggi, Selangor. Sebanyak lapan (8) tempat agihan daging qurban di sekitar Lembah Klang yang telah dikenalpasti oleh IKMAL dan penyerahan berjaya dilaksanakan pada 22 dan 23 Julai 2021. Semoga Allah menerima ‘amal ‘ibadah kita, aamiin..