Iftar Jama’ie sebagai salah satu pengisian di dalam program Semarak Kasih Ramadhan (SKR), alhamdulillah dapat diadakan semula pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat dibuat akibat kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
IKMAL diwakili oleh: Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat, disertai juga lima orang ahli jawatankuasa SKR22.
Majlis dimulakan jam 6.30 petang dengan tahlil dan doa, diikuti ucapan oleh Pengetua Cemerlang, Dr Hj Abdul Jalil Ahmad; kemudian ucapan Naib Yang DiPertua PIBG SMAP, En. Abdul Shukor Othman dan seterusnya ucapan Presiden IKMAL.
Semua jemputan dan pelajar berbuka puasa ringkas dengan kurma dan air, kemudian solat berjemaah Maghrib. Jamuan makan diadakan di dewan makan, diikuti solat berjemaah Isyak, tarawih dan witir. Selepas itu, ada moreh chicken chop.