Projek Dana Perpustakaan SMAP

Projek Dana Perpustakaan SMAP

📚Wakilkan buku sebagai penyampai pesanan dan nasihat kita kepada adik-adik di SMAP, Labu.📚

Sebagai alumni, kita sering kali teringin turun ke sekolah, berprogram dengan adik-adik dan anak-anak di SMAP, tetapi terdapat banyak kekangan komitmen dan masa.

Justeru, mari kita sama-sama wakilkan buku sebagai penyampai bicara, pesanan, nasihat dan semangat buat mereka.

Agar mereka sentiasa tahu; kita sentiasa ada untuk mereka. 🤍

Projek Dana Perpustakaan SMAP menjemput kita semua untuk sama-sama menyumbang dalam bentuk dana kewangan mahupun buku terpakai.

Sumbangan kewangan boleh kita buat ke pautan INI.

Atau terus ke:

RHB Islamic Bank
IKMAL (Kebajikan)
26413300023748

Rujukan: Dana Perpustakaan
Sasaran: RM10K

Sumbangan dana kewangan ini akan digunakan untuk membeli buku-buku baharu dan dua set sofa baharu untuk Perpustakaan SMAP dan kos-kos yang berkaitan.

Untuk sumbangan buku terpakai, klik di SINI.

Sumbangan dua set sofa terpakai yang dalam keadaan baik juga sangat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Balqis Badawi (SPM ’12) di wa.me/60136879418

Jazakumullah khairan didahulukan. ✨

Objektif:

Menyediakan rak khas untuk menggalakkan Ahli IKMAL dan alumni SMAWP/SMAP untuk menyumbang, sama ada:

  1. Dana kewangan;
  2. Buku terpakai

*simbolik buku sebagai wakil yang menyampaikan pesanan dan semangat buat adik-adik dan anak-anak pelajar di SMAP selalu ada dan secara berterusan.

Cadangan tiga (3) buah rak buku (menggunakan rak buku yang sedia ada di perpustakaan SMAP):

  1. Rak buku alumni (buku-buka yang ditulis oleh alumni sendiri)
  2. Rak buku sumbangan alumni
  3. Rak komik sumbangan alumni