Jom Shopping di SMAP

Ini adalah salah satu pengisian program Semarak Kasih Ramadhan (SKR) tahun 1444H kali ini. Setelah tiga (3) tahun tidak dibuat disebabkan adanya kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kali ini Sekretariat SKR sekali lagi menampilkan pembekal-pembekal pakaian hari raya ke Dewan Seri Bestari (DSB), SMAP untuk meraikan anak-anak pelajar SMAP dari kalangan asnaf dan B40 membeli belah hari raya, dengan dibantu oleh sukarelawan dari kalangan Ahi IKMAL dan Alumni SMAWP/SMAP, bermula dari jam 10 pagi sehingga 2 petang.