
Program ini diadakan pada hari Khamis 1 November 2012 bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Seri Bestari, SMAP, Labu.
Bicara Ad-Din kali ini mengetengahkan bekas-bekas pelajar dari SMAP, Labu untuk berdiskusi tentang topik “Melestarikan Iklim Dini – Cabaran Semasa dan Hala Tuju Masa Depan”.
Barisan alumni yang terlibat adalah:
- Dr Mohd Farid Mohd Shahran – Felo Kanan IKIM;
- Dr Zaharudin Abd Rahman – Penolong Professor, UIAM; dan Penasihat Perbankan Syariah;
- Ustazah Norhafizah Musa – Pensyarah UITM, Tanyalah Ustazah; dan
- Tuan Hj Mohd Najib Hj Khairuddin sebagai Moderator.
Program yang dihadiri oleh warga SMAP dan penduduk sekitar Labu ini berakhir sekitar jam 11.00 malam.
Jazaakumullahu khair kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.