Hadiah by IKMAL #3 September 2021

Alhamdulillah, pada bulan ini kita berjaya mencapai sasaran 220 buah kotak Hadiah. Beras Bidara Sdn Bhd (SPM87) juga bermurah hati menambah 40 buah kotak – jazakallahu khair.

Pengagihan pada bulan ini adalah seperti berikut:

  1. Taman Medan 70pax
  2. Hulu Langat 35pax
  3. PPR Bukit Baru 65pax
  4. Negeri Sembilan 90pax
    -SMAP, Labu 20pax
    -Masjid Kg Pasir Putih, Batu 8, Labu 37pax
    -Surau al-Qudwah, Seremban2 30pax
    -Alumni 3pax

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang budiman. Wakil-wakil dan penerima-penerima Hadiah di setiap pusat di atas juga mengirim ucapan terima kasih kepada semua penyumbang.

Ambillah peluang berinfaq ini bukan sahaja untuk membantu saudara-saudara kita yg berada dalam kesusahan, tetapi untuk memohon kepada Allah swt agar amalan kita diterima, dosa kita digugurkan dan doa-doa kita dimakbulkan Allah.

Pihak IKMAL juga merakamkan berbanyak terima kasih kepada Poliklinik An-Nur (SPM88) yang membuat agihan 70 set makanan asas kepada beberapa buah tempat yang telah dikenal pasti oleh IKMAL.