Assalamualaikum wbt..
Secara ringkasnya program Qurban By Ikmal bersempena Aidil Adha 1443 Hijrah telah berjaya dilaksanakan pada 11hb Julai 2022 dimana sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. Urusan penyembelihan disempurnakan di ladang kepunyaan alumni Ustaz Abdul Malek Ramlan (STPM 1983) yang bertempat di Kg Labu Lanjut, Salak Tinggi, Selangor.
Sebanyak 8 buah tempat agihan daging korban telah dikenalpasti oleh IKMAL dan penyerahan telah berjaya dilaksanakan pada 11 Julai 2022.
Sijil penyertaan kepada peserta akan dihantar oleh IKMAL dalam masa terdekat.
Berikut adalah gambar² yg diambil pada hari kejadian..
Akhir kata, IKMAL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai dan membantu Program Qurban kami, samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan kami drp pihak IKMAL ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan semasa kami mengendalikan Program Qurban pada tahun ini.




