Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Bas Baharu SMAP diadakan pada hari Selasa, 21 Mac 2023 bertempat di Dewan Seri Bestari, SMAP, Labu. Majlis dirasmikan oleh Presiden IKMAL ini, menyaksikan penyerahan bas secara bersama di antara IKMAL dan MAINS yang diwakili oleh Ustaz Muhammad Izwan bin Shuib, Penolong Pengarah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS); dan diterima secara bersama oleh Ustaz Samzini Abdullah, Pengetua SMAP; dan Dr Hj Abdul Jalil Ahmad, mantan Pengetua Cemerlang Jusa C, SMAP; dengan disaksikan oleh Tuan Haji Ahmad Saipuddin bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP); En. Aminuddin bin Kamisan, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS); Puan Shafinaz binti Adam, Pegawai SIC+ dan Bahasa, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban; En. Nurrizal bin Ahmad Imran, Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMAP. Turut hadir adalah Dr. Wan Azhar bin Wan Ahmad, mantan Yang Di Pertua PIBG SMAP; En. Mohd Zailani bin Mohd Nor, Pengurus Bank Muamalat Cawangan Seremban; dan En. Yefrizal Nazir, Bendahari PIBG SMAP; bersama para guru, kakitangan dan pelajar SMAP.









