Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan 1444H

Pengetua SMAP dan IKMAL dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada hari Jumaat, 2 Ramadhan 1444H bersamaan 24 Mac 2023 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di Jalan Yam Tuan, Seremban. Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dengan sesi Bual Bicara bertajuk “The Power of Giving” dengan moderator Ustaz Bukhari bin Safian dari Jabatan Wakaf Negeri Sembilan menampilkan Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, Duta Wakaf Negeri Sembilan.

Ustaz Samzini Abdullah selaku Pengetua SMAP hadir menerima Sumbangan Dana Wakaf Tunai berjumlah RM243,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Sahaja) yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan; dengan disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia; dan Y.Bhg. Dato’ Masri Bin Razali, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Pada penghujung majlis ada penyerahan bas baharu kepada SMAP hasil sumbangan tersebut dari dana Wakaf Muamalat Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama-sama adalah Ustaz Najmi dan Ustazah Fatimah dari SMAP; manakala IKMAL diwakili oleh Tuan Presiden (SPM’89), Dato’ Hj. Hanif Hassan (SPM’85), Dr. Hj. Wan Azhar Wan Ahmad (SPM’87). Manakala Dr. Hj. Abdul Jalil Ahmad (STPM’83), mantan Pengetua Cemerlang Jusa C, SMAP; dan En. Nurrizal Ahmad Imran (SPM’90) tidak dapat hadir di atas kekangan masa dengan urusan lain yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir.