Keputusan Pertandingan

Kini sudah tiba masanya keputusan yang sedang ditunggu-tunggu oleh warga IKMAL, iaitu Keputusan Pertandingan Poster Digital Hari Guru IKMAL 2021.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pertandingan poster digital sempena Hari Guru 2021 iaitu peserta-peserta yang mengambil bahagian, pengundi-pengundi yang sudi meluangkan masa mengundi di laman Instagram (IG) IKMAL. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua penaja untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Kami menerima 27 poster kesemuanya dan pemarkahan adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini:
Jumlah Likes 70%
Markah Juri 20%
Keahlian IKMAL 10%

Jumlah Likes tiga tertinggi adalah sebanyak 997, 931 dan 827.

Berikut adalah senarai nama pemenangnya berserta batch masing-masing. Keputusan pihak juri dan barisan panel adalah muktamad.

Pemenang Utama:
1🥇 Muhammad Hassanuddin (SPM’2015)
2🥈 Ainul Jamaliah Binti Ismail (SPM’2020)
3🥉 Amirah Balqis Binti Ramli (SPM’2020)

Pemenang Sagu Hati:
🏵️ Ayuni Nur Afiqah Binti Mohd Noor (SPM2020)
🏵️ Putri Naufal Adlyn Binti Jamsari (Tingkatan 1)
🏵️ Arif Najmi Bin Mohd Azmani (Tingkatan 3)
🏵️ Nurul Husna Binti Hithir (SPM’2020)
🏵️ Muhammad Adib Bin Mohd Said (SPM’2019)

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang belum bernasib baik, inshaaAllah boleh mencuba lagi di dalam pertandingan yang bakal IKMAL anjurkan selepas ini.

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga

Leave a comment