Keputusan Pertandingan

Kini sudah tiba masanya keputusan yang sedang ditunggu-tunggu oleh warga IKMAL, iaitu Keputusan Pertandingan Poster Digital Hari Guru IKMAL 2021.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pertandingan poster digital sempena Hari Guru 2021 iaitu peserta-peserta yang mengambil bahagian, pengundi-pengundi yang sudi meluangkan masa mengundi di laman Instagram (IG) IKMAL. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua penaja untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Kami menerima 27 poster kesemuanya dan pemarkahan adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini:
Jumlah Likes 70%
Markah Juri 20%
Keahlian IKMAL 10%

Jumlah Likes tiga tertinggi adalah sebanyak 997, 931 dan 827.

Berikut adalah senarai nama pemenangnya berserta batch masing-masing. Keputusan pihak juri dan barisan panel adalah muktamad.

Pemenang Utama:
1🥇 Muhammad Hassanuddin (SPM’2015)
2🥈 Ainul Jamaliah Binti Ismail (SPM’2020)
3🥉 Amirah Balqis Binti Ramli (SPM’2020)

Pemenang Sagu Hati:
🏵️ Ayuni Nur Afiqah Binti Mohd Noor (SPM2020)
🏵️ Putri Naufal Adlyn Binti Jamsari (Tingkatan 1)
🏵️ Arif Najmi Bin Mohd Azmani (Tingkatan 3)
🏵️ Nurul Husna Binti Hithir (SPM’2020)
🏵️ Muhammad Adib Bin Mohd Said (SPM’2019)

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang belum bernasib baik, inshaaAllah boleh mencuba lagi di dalam pertandingan yang bakal IKMAL anjurkan selepas ini.

 

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga

Pertandingan Poster Digital Hari Guru 2021

Syarat-syarat pertandingan:

  1. Terbuka kepada semua pelajar SMAP Labu dan alumni SMAP, Labu / SMAWP, PJ.
  2. Poster digital (saiz bersesuaian dengan paparan di Instagram) perlu rekaan sendiri dan mengandungi logo IKMAL & lencana SMAP Labu. Nama peserta/batch tidak boleh diletakkan pada poster.
  3. Emelkan penyertaan kpd: [email protected] SEBELUM atau PADA jam 11.59 malam 26 Mei 2021.
    Setiap peserta perlu sertakan:
    1) nama penuh
    2) batch (SPM/STPM)
    3) no. telefon
  4. Penyertaan terhad kepada satu poster seorang sahaja.
  5. Hadiah yang ditawarkan:
    Tempat pertama: Wang tunai RM500 + merchandise IKMAL
    Tempat kedua: Wang tunai RM300 + merchandise IKMAL
    Tempat ketiga: Wang tunai RM200 + merchandise IKMAL
    5 x Hadiah saguhati
  6. Pemenang dipilih berdasarkan kriteria berikut:
    •Jumlah LIKES tertinggi 70% •Markah juri 20% •Keahlian IKMAL 10%

Utk mendaftar keahlian klik di SINI (daftar Ahli Remaja adalah PERCUMA).

  1. Poster akan disiarkan di Instagram IKMAL (@alumniikmal) utk undian dari 27 hingga 30 Mei 2021. Pemenang akan diumumkan pada 31 Mei 2021.