
Assalamualaikum wbk.
Dengan segala hormatnya YBhg Dato’/Dr/Tuan/Puan dijemput untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan projek pemasangan penyaman udara di Dewan Seri Bestari (DSB), Sek Men Agama Persekutuan (Labu), SMAP.
Sebagaimana yang diketahui umum, DSB merupakan lokasi yang amat sinonim dengan kehidupan warga SMAP. Dewan ini menjadi tempat keramat kali pertama setiap pelajar menjejakkan kaki di SMAP dan tempat terakhir sebelum mereka meninggalkan SMAP. Di dewan ini jugalah pelbagai aktiviti diadakan, bermula dari pendaftaran kemasukan ke sekolah, menjalankan pelbagai beraktiviti, menduduki peperiksaan dan mengambil keputusan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, keadaan di DSB memerlukan kerja baikpulih dan pemasangan penyaman udara bagi menjadikan suasananya lebih kondusif dan selesa buat warga SMAP. Keperluan ini agak mendesak berikutan perubahan iklim yang ketara pada masa kini. Maka sudah tiba masanya DSB dinaiktaraf agar setanding dengan imej SMAP sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Aliran Agama.
Antara proses baikpulih yang diperlukan di samping perolehan penyaman udara, adalah pendawaian semula dan ubahsuai keadaan dalaman DSB.
Justeru, saya memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas YBhg Dato’/Dr/Tuan/Puan untuk sama-sama membantu menampung keperluan memasang penyaman udara di DSB, SMAP. Sumbangan boleh dibuat melalui pembelian lot bernilai RM500 atau sumbangan dengan nilai lain ke akaun seperti berikut:
NAMA AKAUN: TABUNG AKTIVITI SURAU IMAN AS-SHAFIE, SMAP
NAMA BANK: BANK RAKYAT
NO AKAUN: 11 01 50 4162
RUJUKAN: IKMAL for DSB
NO. TELEFON: 013 6300079 (USTAZAH FATIMAH AWANG)
Sila maklumkan butiran sumbangan untuk tujuan rekod. Semoga sumbangan ikhlas YBhg Dato’/Dr/Tuan/Puan diganjarkan pahala oleh Allah swt. Aamiin.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(DATO’ HJ HANIF BIN HASSAN)
YDP PIBG
SMAP
28 JANUARI 2022