Sumbangan IKMAL kepada adik Masyitah STPM’21

Assalamualaikum wbt,

Berita mengenai adik Masyitah ada di SINI.

Bantuan untuk Adik Masyitah (Pelajar terbaik STPM 2021 SMAP)

Sumbangan melalui ToyyibPay boleh dibuat di SINI

atau

Terus ke Akaun kebajikan IKMAL:

RHB ISLAMIC BANK
IKMAL (KEBAJIKAN)
26413300023748
Rujukan: Masyitah STPM
Tarikh akhir: 26 Ogos 2022 (Jumaat)

Sila hantarkan resit kepada Bendahari (Siti Zuraimah wa.me/60133474756)

Di atas permintaan ramai, kutipan sumbangan buat adik Masyitah dilanjutkan ke hari Ahad, 28 Ogos 2022 jam 11 pagi.

Wakil IKMAL menyampaikan sumbangan dari Ahli dan Alumni SMAWP/SMAP kepada keluarga adik Masyitah di Kg Klang Gate, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 28 Ogos 2022, jam 3.00 petang. Semoga semua usaha murni ini diberkati dan dirahmati Allah serta mendapat ganjaran berlipat kali ganda di sisiNya, aamiin.

Nostalgia Keretapi & SBP

Jelajah Amal Berbasikal ke Perlis

Jom sertai acara unik lagi bernostalgia ini; pasti mengembalikan memori indah menaiki keretapi ke asrama suatu masa dahulu!

Tarikh: 19 & 20 Ogos 2022
Masa : 8 Malam
Lokasi Mula: KTM KL Sentral
Lokasi Dituju: Stesen KTM Arau, Perlis

Terdapat 3 pilihan koc:

1) Koc Tempat Duduk Kelas Pertama
2) Koc Tempat Tidur
3) Koc Tempat Duduk Kelas Dua

  • Koc Basikal (Bagi Peserta yang membawa bersama basikal)

Nota: Keseluruhan keretapi ini ditempah khas / chartered!

Sila buat bayaran ke akaun Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Malaysia di Bank Islam nombor akaun 12038010115031

Dan isi borang pendaftaran di SINI.

Jumpa anda di dalam gerabak!

Toot… toot….

rujuk poster untuk maklumat lanjut

SBP Alumni Entrepreneurs Networking Session

Pihak Gabungan Persatuan Alumni SBP Malaysia di bawah Kumpulan Kerja Keusahawanan mengadakan program seperti tajuk di atas.

Berikut merupakan maklumat berkenaan program tersebut;

✅ Terhad 5 Peserta dari setiap Alumni Ahli GPASBP
✅ 1 Wakil Alumni + 4 Usahawan / Pengarah dari kalangan Alumni SBP
✅ Permohonan dihantar melalui SU / Alumni masing-masing menggunakan borang di SINI

🗓 Tarikh: 24 Julai 2022 (Ahad)
⏰ Masa: 8 Pagi – 12.30 tengah hari
🏛 Lokasi: Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur
💵 Yuran: RM50 seorang

Rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Senarai syarikat dari pelbagai Alumni SBP Ahli GPASBP yang menyertai program Alumni SBP Entrepreneurs Networking Session pada 24 Julai 2022 (Ahad) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA):

  1. Geomapping Technology SB
  2. Birunisoft PLC
  3. Qraeiza Bees Empire
  4. Pax Qarisma Sdn Bhd
  5. Innovacia Sdn Bhd
  6. Ugeo Solutions Sdn. Bhd.
  7. Glocal One Stop Enterprise
  8. CHROMIUM RESOURCES SDN.BHD.
  9. Koperasi MCOB Berhad
  10. TETUAN SHALIZA & ANIS ( MAJLIS PEGUAM MALAYSIA)
  11. RESPECT Business and Advanced Technology Solutions Sdn Bhd
  12. PHILLIP WEALTH PLANNERS SDN BHD
  13. ASWA Advisory Sdn Bhd
  14. Hafiz Zubir & Co.
  15. Kagag Matih (M) Sdn Bhd
  16. Syahrin & Co
  17. HMOnline Sdn Bhd
  18. INVENXER SDN. BHD.
  19. Dynamic Venture Technologies Sdn Bhd
  20. HPCS Sdn Bhd
  21. Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd
  22. RSS Security Sdn Bhd
  23. BIO- ANGLE VACS SDN BHD
  24. Bakong Vemtures Sdn Bhd
  25. ONEWORLD CONSULTING & ENGINEERING SDN BHD
  26. Citanix Sdn Bhd
  27. Rahimi NRM Tech
  28. Cordoba Leadership Center Sdn Bhd
  29. Techikara Engineering Sdn Bhd
  30. Klinik Dr Jaafar Sdn Bhd
  31. Kukuh Saga Security Services Sdn Bhd
  32. Kapitani Sdn Bhd
  33. FINE TRAINING ACADEMY SDN BHD
  34. UNITI OFFICE SDN BHD
  35. DUTATECH RESOURCES
  36. AN NASUHA ENTERPRISE
  37. Fixapa Sdn Bhd
  38. Temerloh Catering Sdn. Bhd.
  39. Streamlined Trading & Services Sdn Bhd
  40. Petrogas Resources Sdn Bhd
  41. Masta Analytics Sdn. Bhd.
  42. Tigre Sporting Empire PLT
  43. Eightyeight Trading And Supply
  44. NILAI HARTA CONSULTANT SDN BHD
  45. EncoreGreen Resources
  46. Ourlines Sdn. Bhd.

Pada hari Ahad 24.07.2022 telah berlangsung program ini melibatkan seramai lebih 50 usahawan SBP yang terdiri dari pelbagai industri hadir bagi memberi pendapat, cadangan serta perbincangan halatuju selain menjalinkan ikatan rangkaian sesama usahawan SBP.

Berikut merupakan matlamat utama menerusi program berkenaan:

  1. Menyatukan Usahawan SBP di bawah satu bumbung.
  2. Menguatkan GPASBP melalui keusahawanan.
  3. Mewujudkan pengkalan data (database) Usahawan SBP termasuk aktiviti perniagaan dan industri
  4. Menghasilkan pelan strategi memacu Usahawan SBP dan GPASBP

Setelah menerima pelbagai maklumbalas dari rakan usahawan dari pelbagai industri, Kumpulan Kerja Keusahawanan GPASBP akan menyusun serta menjalankan gerak kerja ke arah mencapai matlamat yang akan memberi impak yang besar kepada usahawan SBP dan Bumiputera secara amnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Sesungguhnya program pada kali ini diharapkan menjadi titik mula kepada satu jaringan Usahawan yang akan menyatukan kesemua pemain industri di kalangan Alumni SBP.

Berita lanjut dan gambar-gambar juga ada di Facebook Gabungan SBP.

.

Kumpulan Kerja Keusahawanan
Kumpulan Kerja Media & IT
Gabungan Persatuan Alumni SBP Malaysia

Qurban by IKMAL 1443H

Assalamualaikum wbt..

Secara ringkasnya program Qurban By Ikmal bersempena Aidil Adha 1443 Hijrah telah berjaya dilaksanakan pada 11hb Julai 2022 dimana sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. Urusan penyembelihan disempurnakan di ladang kepunyaan alumni Ustaz Abdul Malek Ramlan (STPM 1983) yang bertempat di Kg Labu Lanjut, Salak Tinggi, Selangor.

Sebanyak 8 buah tempat agihan daging korban telah dikenalpasti oleh IKMAL dan penyerahan telah berjaya dilaksanakan pada 11 Julai 2022.

Sijil penyertaan kepada peserta akan dihantar oleh IKMAL dalam masa terdekat.

Berikut adalah gambar² yg diambil pada hari kejadian..

Akhir kata, IKMAL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai dan membantu Program Qurban kami, samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan kami drp pihak IKMAL ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan semasa kami mengendalikan Program Qurban pada tahun ini.