Projek Dana Perpustakaan SMAP

Projek Dana Perpustakaan SMAP

📚Wakilkan buku sebagai penyampai pesanan dan nasihat kita kepada adik-adik di SMAP, Labu.📚

Sebagai alumni, kita sering kali teringin turun ke sekolah, berprogram dengan adik-adik dan anak-anak di SMAP, tetapi terdapat banyak kekangan komitmen dan masa.

Justeru, mari kita sama-sama wakilkan buku sebagai penyampai bicara, pesanan, nasihat dan semangat buat mereka.

Agar mereka sentiasa tahu; kita sentiasa ada untuk mereka. 🤍

Projek Dana Perpustakaan SMAP menjemput kita semua untuk sama-sama menyumbang dalam bentuk dana kewangan mahupun buku terpakai.

Sumbangan kewangan boleh kita buat ke pautan INI.

Atau terus ke:

RHB Islamic Bank
IKMAL (Kebajikan)
26413300023748

Rujukan: Dana Perpustakaan
Sasaran: RM10K

Sumbangan dana kewangan ini akan digunakan untuk membeli buku-buku baharu dan dua set sofa baharu untuk Perpustakaan SMAP dan kos-kos yang berkaitan.

Untuk sumbangan buku terpakai, klik di SINI.

Sumbangan dua set sofa terpakai yang dalam keadaan baik juga sangat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Balqis Badawi (SPM ’12) di wa.me/60136879418

Jazakumullah khairan didahulukan. ✨

Objektif:

Menyediakan rak khas untuk menggalakkan Ahli IKMAL dan alumni SMAWP/SMAP untuk menyumbang, sama ada:

  1. Dana kewangan;
  2. Buku terpakai

*simbolik buku sebagai wakil yang menyampaikan pesanan dan semangat buat adik-adik dan anak-anak pelajar di SMAP selalu ada dan secara berterusan.

Cadangan tiga (3) buah rak buku (menggunakan rak buku yang sedia ada di perpustakaan SMAP):

  1. Rak buku alumni (buku-buka yang ditulis oleh alumni sendiri)
  2. Rak buku sumbangan alumni
  3. Rak komik sumbangan alumni

Sambutan 40 Tahun SMAWP/SMAP

Dari kanan: En. Zul Faqar bin Muhammad Fadzil (Presiden IKMAL, Sesi 2020-2023); Puan Hajah Khuzaimah binti Sulaiman (Mantan Pengetua Cemerlang ke-10 SMAP); Tuan Hj Abd Jalil bin Ahmad (Pengetua Cemerlang Jusa C, SMAP); Tuan Hj Mohamad bin Shafi’e (Pengetua Pertama SMAWP); En. Nurrizal bin Ahmad Imran (YDP PIBG SMAP); bergambar kenangan semasa Majlis Perasmian Sambutan 40 Tahun SMAWP/SMAP pada 9 Oktober 2022 bertempat di Dewan Seri Bestari SMAP, Labu.
Gambar beramai-ramai seusai Majlis Perasmian Sambutan 40 Tahun SMAWP/SMAP pada 9 Oktober 2022 bertempat di Dewan Seri Bestari SMAP, Labu.

IKMAL Virtual Run 2022

🏃🏻‍♂️PENDAFTARAN IKMAL VIRTUAL RUN 2022🏃🏻‍♂️

Assalamualaikum wbt

Anda ingin kekal aktif dan bertenaga? Jom sertai IKMAL Virtual Run 2022 bersempena 🎊 Sambutan Ulang Tahun ke-40 Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) / Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) 🎊

Pilihan Acara:

  1. Individu (5km/ 10km/ 21km)
  2. Berkumpulan (100km untuk 5 org)

Anda boleh sahaja lengkapkan larian secara berperingkat ataupun dalam satu masa.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 September 2022
Tempoh Larian: 1 – 31 Oktober 2022

Yuran pendaftaran bermula daripada RM60 dan anda akan mendapat T-shirt, medal & e-sijil!! 🤩

📍Pendaftaran boleh dibuat di SINI:

Sila rujuk kepada poster-poster yg disediakan untuk maklumat lanjut atau hubungi:

📱 Azah Ali (SPM1990)