Ziarah Mantan Guru SMAWP/SMAP pada 11 Februari 2023

Lanjutan dari gerak kerja pasukan Semarak Kasih Ramadhan (SKR) IKMAL dan batch-batch yang menyatakan minat untuk turut bersama menjayakan program ini, pada hari Sabtu, 11 Februari 2023 bermula dari jam 3.00 petang wakil-wakil dari batch SPM’89 dapat menziarahi Ms Leow (SMAP 1989-1990) di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Madam Harban Kaur (SMAWP 1983-1987) di Subang Jaya, Selangor.

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar

Hasil inisiatif kumpulan kerja Semarak Kasih Ramadhan (SKR) dengan kerjasama Megaklinik Zahran Putrajaya dan ahli-ahli IKMAL dari SPM’94, pemeriksaan kesihatan kepada seramai 118 orang pelajar dari kalangan asnaf dan anak yatim SMAP diadakan dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di Bangunan Surau Lama SMAP.

Ziarah Mangsa Kebakaran

Alhamdulillah, wakil IKMAL berkesempatan menziarahi keluarga Puan Suzana, mangsa kebakaran di Hulu Langat dan menyampaikan sumbangan wang tunai dari para dermawan berjumlah RM7,750.00 sahaja.

Derma Kilat untuk Mangsa Kebakaran

Salah seorang mangsa kebakaran di Hulu Langat ini adalah penerima Hadiah by IKMAL. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan menanggung lapan (8) orang anak yang masih kecil. Kotak Infaq yang beliau terima sehari sebelum kejadian turut musnah di dalam kebakaran tersebut.