



Alhamdulillah, ziarah ketiga oleh SPM89 mewakili IKMAL menjenguk Ustaz Ashaari (SMAWP 1983-SMAP 1991) dan Ustazah Saadiah (SMAP 1987-1992) di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada hari Ahad, 12 Februari 2023 bermula jam 3.30 petang ![]()


Lanjutan dari gerak kerja pasukan Semarak Kasih Ramadhan (SKR) IKMAL dan batch-batch yang menyatakan minat untuk turut bersama menjayakan program ini, pada hari Sabtu, 11 Februari 2023 bermula dari jam 3.00 petang wakil-wakil dari batch SPM’89 dapat menziarahi Ms Leow (SMAP 1989-1990) di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Madam Harban Kaur (SMAWP 1983-1987) di Subang Jaya, Selangor.

