Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1443H

Rentetan dari peristiwa kita dikejutkan dengan pengumuman Syawal tahun 1443H yang dikatakan “mengejut”, IKMAL mengambil peluang ini bagi membuka ruang menerokai sebahagian kecil dari cabang ilmu falak iaitu cerapan hilal (melihat anak bulan). Permohonan IKMAL dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (melalui Ustaz Jamali Mohd Adnan STPM’86, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) untuk terlibat dalam majlis cerapan rasmi diluluskan dan IKMAL ditawarkan lima (5) tempat untuk hadir dan mengikuti perjalanan proses cerapan hilal ini bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Rabu 29 Jun 2022 bermula jam 5.45 petang.

Disebut sebagai Majlis Cerapan Rasmi Hilal kerana ini adalah satu proses melihat anak bulan dari 29 tempat terpilih seluruh Malaysia, kemudian Ketua Rombongan akan melaporkan kepada SS Mufti yang kemudian akan memanjangkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang kemudiannya akan mengumumkan tarikh 1 haribulan Zulhijjah, seterusnya tarikh hari raya Aidil Adha bagi tahun 1443H ini.

Majlis dimulakan pada jam 6 petang dengan bacaan Yaasin, diikuti ucapan ringkas dari SS Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Seterusnya ada sesi taklimat dan penerangan ringkas berkenaan tatacara dan kaedah melihat anak bulan. Menjelang jam 7 malam, semua yang terlibat sudah berada di kedudukan lengkap dengan peralatan yang disediakan, dan mula memerhati dan melihat kedudukan matahari sehingga jam 7.25 malam matahari tenggelam dan masuknya waktu Maghrib. Hilal dicerap dalam tempoh 16 minit sehingga jam 7.41 malam dan dengan keadaan cuaca yang berawan, peluang melihat dan untuk nampak hilal adalah amat tipis sekali. Usai laporan oleh SS Timbalan Mudti kepada SS Mufti melalui panggilan telefon, semua yang terlibat menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan jamuan makan malam.

Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021

Pihak Pentadbir SMAP menjemput Presiden IKMAL ke Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021 seterusnya merasmikan majlis yang dapat diadakan semula ini selepas dua tahun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Klik di SINI untuk Buku Program Hari Anugerah Kualiti SMAP 2021.

Perkembangan Pembelian Bas SMAP

Pada hari Rabu 29 Jun 2022 bermula jam 11 pagi, berlangsung mesyuarat di antara pihak Pentadbir SMAP bersama dengan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan IKMAL, yang dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden.

Mesyuarat ini adalah lanjutan dari surat MAINS bertarikh 10 Jun 2022 yang memaklumkan berkenaan kesediaan MAINS untuk menanggung 50% dari jumlah harga sebuah bas baharu jenama SKS yang bernilai RM495,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Sahaja) dan ianya diklasifikasi di bawah Dana Wakaf.

Santuni Zulhijjah 1443H

1 Zulhijjah 1443H / 1 Julai 2022 (Jumaat)
Nama katerer: Bidadarindu Kitchen (Yan SPM95)
Tempat edaran: Darul Izzah, Teras Jernang, Selangor
Bilangan: 30pax Nasi butter + ayam goreng kfc + blackpepper sauce + fries + salad
Harga: RM300 (ditaja SPM95)

2 Zulhijjah 1443H / 2 Julai 2022 (Sabtu)
Nama katerer: Samurai Kitchenz (Naz SPM96)
Tempat edaran: Maahad Tahfiz Darul Thaqafah, Teluk Penyamun, Kuala Selangor
Bilangan: 60 pax Nasi Ayam Samurai
Harga: RM9 x 60 pax = RM540 (ditaja SPM89)

3 Zulhijjah 1443H / 3 Julai 2022 (Ahad)
Nama katerer: Biaperi Snek Resources (Shahla SPM89)
Tempat edaran: Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz, Taman Cheras Indah
Bilangan: 50 x RM7 = RM 350 1) Nasi Lemak Serai + Ayam Goreng Kunyit
2)Air kelapa muda satu balang @ RM150
Total harga = RM500 (ditaja SPM87)

4 Zulhijjah 1443H / 4 Julai 2022 (Isnin)
Nama katerer: Sariffudin Basar (SPM 94)
Tempat edaran: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Ledang
Bilangan: 52 set Nasi Tomato + Ayam Masak Merah
Harga: RM6.00 x 52 = RM312.00 (ditaja SPM94, InsyaAllah)

5 Zulhijjah 1443H / 5 Julai 2022 (Selasa)
Nama katerer: Rashid Ghazalli (SPM 86)
Tempat edaran: Maahad Al Hashimiah, Pasar Borong Selayang
Bilangan: 50 pax Nasi Arab (ayam)
Harga: 50 x RM9 = RM450 (ditaja SPM95)

6 Zulhijjah 1443H / 6 Julai 2022 (Rabu)
Nama katerer: Kina Cafe (Haniff SPM93)
Tempat edaran: MATAR (Maahad Tahfiz Al-Ridhuan) Ulu Kelang
Bilangan: 100 set Nasi Tomato (Basmathi) + Ayam Masak Merah + Acar
Harga: RM8 x 100 = RM800 (ditaja SPM89)

7 Zulhijjah 1443H /7 Julai 2022 (Khamis)
Nama katerer: All About Quacks (Lin SPM92)
Tempat edaran: Madrasah Al Aliyah
Bilangan: 100 set Nasi Lemak dan Ayam berlada
Harga: Rm8 x 100 = RM800 (ditaja SPM91)

8 Zulhijjah 1443H / 8 Julai 2022 (Jumaat)
Nama katerer: Kina Cafe (Haniff SPM93)
Tempat edaran: Rumah Bakti Dato Harun (Ulu Kelang)
Bilangan: 75 set Nasi Tomato (Basmathi) + Ayam Masak Merah + Acar
Harga: rm 8 x 75 = RM600 (ditaja SPM90)

9 Zulhijjah 1443H /9 Julai 2022 (Sabtu)
Nama katerer: Biaperi Snek Resources (Shahla SPM89)
Tempat edaran: Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri, Cheras
Bilangan: 70 pax Nasi impit + rendang daging + sambal goreng jawa
Harga: RM7 x 70 pax @ RM490 (ditaja SPM89)

Semoga semua amalan kita diberkati, dirahmati dan diterima Allah, aamiin..

Hadiah by IKMAL #12 Jun 2022

Alhamdulillah, sudah setahun kita istiqomah menginfak kotak Hadiah kpd golongan yang memerlukan. Untuk bulan Jun ini, 100 buah kotak telah dapat diedarkan di tiga buah tempat di sekitar Lembah Klang. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang budiman. Semoga ia menjadi asbab husnul khotimah kelak.

Keputusan SPM 2021

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan tahniah kita ucapkan kepada adik-adik pelajar batch Iqtidar dengan keputusan SPM 2021 yg diumumkan hari ini.

Kita meraikan pengembaraan ini. Belajar, mengambil peperiksaan dan mendapat keputusan adalah salah satu perjalanan pengembaraan dalam pembelajaran. SPM adalah salah satu laluan, dan ianya bukan matlamat yang sebenar. Teruskan perjuangan menghayatkan “Berilmu, Beriman, Beramal” dan berusaha kekal berada dalam “Iklim Dini Teras Kecemerlangan” sepanjang hidup.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua Cermerlang Jusa C, Dr Abdul Jalil Ahmad, cikgu-cikgu, ibubapa dan Ahli IKMAL serta Alumni SMAWP/SMAP yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak ini.

Syabas dan tahniah semua, lulus 100%..!!

Ikhlas daripada,
Barisan Kepimpinan IKMAL
Sesi 2020-2023